Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Para pekerja Syarikat Ben Ladin yang tidak berpuas hati kerana tidak dibayar gaji selama 5 bulan bertindak membakar tujuh hentian bas di kota Mekah.
Video rusuhan tersebut tersebar luas di dalam Youtube dan laman sosial.
Selain itu, hampir setiap hari demonstrasi dianjurkan di hadapan pejabat syarikat tersebut.
Kegawatan ekonomi yang semakin parah menyebabkan syarikat Ben Ladin Group mengusir 25 peratus para pekerja asingnya. Pada hari Jumaat lalu, jumlah pekerja yang disingkirkan berjumlah 50,000 orang.
Syarikat tersebut pernah mempunyai 200,000 pekerja di zaman kemewahannya. Namun syarikat-syarikat pembinaan terpaksa mengurangkan kos bagi menutup kerugian yang dialami disebabkan harga minyak mentah dunia merudum.
Ben Ladin Group yang diasaskan oleh bapa Osama Ben Ladin pada tahun 1931 merupakan syarikat pembinaan kedua terbesar di dunia selepas Vinci dari Perancis.









...............
